9 Jan 2014

Dah hujung sem...

Assalamualaikum semua...

Apa khabar?
Sihat?
Sudah makan?
Keadaan sekeliling bagaimana?
Bersih atau kotor?

Apakah yang akan anda lakukan jika keadaan persekitaran anda kotor?
Biarkan sahaja atau kemas?

Untuk perkongsian pada hari ini, sebenarnya bukan tujuan saya untuk membuka aib orang lebih-lebih lagi dia adalah orang yang lebih tua daripada kita. Saya lakukan ini sebagai panduan hidup dan batasan yang perlu saya buat supaya saya tidak melakukannya. Saya bukanlah insan yang sempurna kerana saya percaya tiada dalam dunia ini yang sempurna.

Sejak kecil lagi, alhamdulillah, ibu saya mengajar saya untuk menjaga kebersihan diri dan tempat di mana kita berada kerana kita berkongsi tempat dengan orang lain. Cara bagaimana kita menguruskan kebersihan diri kita akan mencerminkan bagaimana kita menguruskan kawasan kita. Cukuplah kalau saya cakap, kalau kita mampu menjaga pengurusan diri, maka tempat tidur, bilik mandi kita pasti akan dijaga dengan rapi. Mungkin pembaca tidak setuju dengan apa yang saya katakan. Namun, itulah hasil pemerhatian yang saya lakukan. Cerminan diri menggambarkan siapa kita.

Saya suka tempat yang bersih dan penuh dengan haruman kerana ia memberikan keselesaan kepada saya lebih-lebih lagi ketika saya dalam tekanan membuat tugasan atau dalam tekanan perasaan. Tapi, bila balik ke hostel (bilik), bila lihat keadaan bilik yang tidak teratur, sampah tidak disapu, tingkap tidak dibuka membuatkan tekanan dalam diri bertambah. Seperti yang saya katakan tadi, saya bukanlah insan yang sempurna. Saya juga pernah melakukan kesalahan nak-nak bila tengah mood malas nak mengemas, tapi janganlah mempergunakan kuasa veto senioriti dalam rumah untuk mengelakkan diri daripada mengemas dan hanya pilih untuk kemas yang mudah-mudah sahaja...

Pada masa akan datang, mungkin akan dapat roommate yang saya doakan dia lebih menjaga pengurusan diri dan pengurusan persekitaran. Bersama-sama membersihkan bilik kerana dari situlah kita bermula.

p/s: gambar sekadar hiasan...


19 Nov 2013

Projek Bahasa Jepun dah siap!!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Hai apa khabar semua? Semoga sihat selalu. 
Alhamdulillah akhirnya hari ini siap juga projek bahasa jepun yang dibuat sepanjang minggu ini. Dan perlu dihantar pada hari rabu. Hahaha, cerita rabu macam jauh sangat je, padahal esok saja kot. Tapi memang hari ini banyak benda yang berlaku. 
Hari ini di tempat saya hujan. Keluar saja dari bilik kuliah, mak aiiii lebatnya hujan. Dahlah tak ada payung. Nak tunggu bas lagi sebab nak bergerak ke kampus induk. Perghh!!!!!!! Memang satu dugaan.
Masa dalam bas, sempat lagi saya buat andaian yang mungkin boleh saya lakukan sebab saya waktu tu memang kejar masa nak jumpa pegawai. Jadi berikut merupakan andaian yang saya  boleh nyatakan...
  • turun je dari bas, terus pergi kedai beli payung.
  • turun je bas, main menyelup masuk ke bangunan pengantara untuk menuju ke bangunan yang nak dituju. Mak aiii jauh tu..
  • batalkan hasrat.
Tapi disebabkan dah janji dengan pegawai, jadi kenalah turuti janji. Wah!!!!!!!!!! Janji ditepati tu.. bukan dicapati. Jadi, saya pun pergi beli payung lipat berwarna hijau dengan corak warna silver. Lawa dan sebenarnya inilah pertama kali saya beli payung sejak masuk belajar di menara gading ini. Huhuhu..., memang kenanganlah.
Lepas selesai jumpa pegawai, apa lagi, balik hostel la. Sampai rumah, terus mandi, solat dan tidur sebab dalam masa lebih kurang sejam, perlu turun ke kafe untuk perjumpaan tugasan....


 

18 Nov 2013

Demi kursus beraudit bahasa jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Semoga semuanya ceria selalu. Ceria ni bukan diistilahkan ceria di wad mental tapi ceria tanpa sebarang kegusaran. Hihihihi n_n..

Baiklah, hari ini saya akan berkongsi dengan blogger semua dengan ABM yang saya dan rakan saya perlu buat untuk kursus beraudit bahasa jepun. Sebenarnya, saya mengambil kursus ini kerana saya sangat suka bahasa jepun dan disebabkan keterujaan saya dalam apa jua yang berkaitan jepun dan korea, akan saya cuba pelajari. (*mempelajari perkara yang baik je tau, heheh) opss skemanya ayat.
Maaflah kalau ada yang tak suka sebab sememangnya saya lebih selesa menggunakan ayat sebegini. Memetik apa yang pensyarah saya pernah katakan kepada saya, "sesuatu penulisan memerlukan suatu interaksi yang hidup, dan bukannya membacanya seperti benda itu sudah mati/lapuk." okay fine, sebenarnya saat itu saya pun tak faham apa yang pensyarah saya cuba sampaikan. Cumanya apa yang saya ingat sehingga sekarang, "penulisan memerlukan interaksi yang hidup..." maknanya, macam saya berkomunikasi dengan anda melalui penulisan saya tapi anda tidak mengenali saya.. heheh. Okay, pasti dah peningkan dengan apa yang saya ucapkan ini.
Sumpah, kalau saya baca balik apa yang saya tulis, mesti saya pening...huhuhu.
Okay, berbalik kepada kursus beraudit bahasa jepun, kami ditugaskan membuat kamus bergambar untuk dijadikan sebagai Alat Bantu Mengajar bagi subjek bahasa jepun di sekolah. Namun, disebabkan saya bukanlah jenis yang kreatif, maka hasil yang dapat dibuat kurang memberikan kepuasan yang maksimum. Haishhh, bilalah saya mampu untuk menjadi kreatif seperti orang lain..hahah
 Tadaaaa inilah hasil kerja yang dilakukan, tapi masih dalam peringkat penghasilan yang ke berapa entah tidak tahu menahu.. haha.
 

Nikah? Kahwin???

Assalamualaikum kepada semua blogger di luar sana. Apa khabar? Semoga sihat dan ceria selalu...

Nampaknya, saya sudah lama tidak masuk ke ruangan blog saya ini. Okay, sememangnya kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu di menara gading sangat mencabar... hahahahaha... (*poyo kejap)

Banyak cerita yang ingin saya kongsikan namun disebabkan keterbatasan waktu untuk saya ke ruangan ini menyebabkan saya .............., hehehe.

Memandangkan cuti sekolah telah pun bermula, maka pastinya hujung minggu dipenuhi dengan jemputan / undangan ke majlis perkahwinan... Weeeee best tu dapat pergi ke majlis kahwin. Untuk tahun ini, ramai dalam kalangan rakan-rakan saya akan melangsungkan perkahwinan mereka. Harapan saya semoga mereka mempunyai jodoh hingga ke Jannah... (** eh, betul ke ayat ni??? macam pelik jer.. macam pelik jer...)




 Nampak macam seronok je kahwin. hehe, tak pelah jodoh saya lambat lagi.. 

(**promote diri kejap.. hahaha tak malu >,<)

Apakah perasaan saya bila dapat tahu ada dalam kalangan rakan-rakan lelaki/perempuan saya sudah mendirikan rumah tangga?

Pastilah rasa sedih dan gembira. Sedih sebab saya sudah tidak dapat kacau mereka seperti dahulu sebab mereka sudah ada kehidupan baru.. Gembira sebab mereka akan melahirkan bakal generasi untuk menjadi pemimpin Islam.. 

In-Sha-Allah.

Okay, sampai di sini saja cerita untuk hari ini, semoga bertemu lagi di lain waktu..
 

p/s: maaf jika blog ni banyak merapu dan menggoreng ikan kerapu yang saya sendiri tak tahu sedap ke tak...

3 Mac 2012

betul ke???

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada insan-insan yang sudi membaca penulisan yang tak tahu apa yang sebenarnya nak ditulis... ahahaha
Sebenarnya hari ini aku akan terkecewa sebab dah lukakan hati seorang rakan yang aku kenali sejak semester 1 lagi. aku memang tak sengaja langsung untuk melukakan hati dia. mesti semua fikir aku jahatkan. yes aku mengaku itu semua. aku rasa bersalah sebab aku tak beritahu dia tentang jadual aku hari ini bagaimana. 

aku dan dia memang sudah berjanji nak makan bersama. aku ingat nak pergi dengan dia ke kampus untuk makan bersama tapi tak sangkalah pula yang dia agak lambat daripada kebiasaannya. kebetulan pula, pada jam 2petang tadi aku ada perbincangan dengan ahli kumpulan aku tentang presentation yang akan kumpulan aku bentangkan nanti semasa dalam kelas. 

so untuk tidak melengahkan masa aku pun pergi dahulu ke kumpulan aku untuk buat perbincangan namun tidak aku sangka rupanya ahli kumpulan aku baru seorang sahaja yang hadir. dan pada ketika itu pula aku sudah melukakan hati rakan aku itu dengan menyatakan aku mungkin tak dapat temani dia untuk makan tengah hari itu. 

dan sekarang dia sudah merajuk dengan aku walaupun aku cuba untuk bersabar dengan dia. segala call aku tidak dijawab dan sengaja dia cancel kan panggilan aku. mesej pun dia tidak balas. kalau balas pun dengan nada yang marah. (walaupun mesej itu hanya kata-kata namun kita mempunyai deria untuk merasainya). 
aku harap sangat dia akan maafkan aku. aku memang tak sengaja. 

salah aku juga sebab tak hubungi kesemua ahli kumpulan pembentangan aku itu untuk mengetahui kehadiran mereka. kalau aku hubungi mereka dan mengetahui yang mereka belum hadir lagi sudah tentu aku dapat menemani rakan aku itu untuk makan tengah hari.

29 Feb 2012

apa yang dah terjadi pada diri aku ni???

Assalammualaikum semua. rasanya sudah lama aku tak update blog aku ni. Bukan apa. Agak banyak alasan yang boleh aku nyatakan sehinggakan aku rasa tak perlulah untuk aku luahkannya di sini. Cukup hanya sekadar aku sahaja yang mengetahuinya.
Ceh wah!!!!!!!!!! Ayat memang tak boleh blahhh!!!!!!!
Huhuhuhu...

Untuk pengetahuan anda semua, minggu ni sudah masuk minggu kedua untuk sesi pengajian aku untuk buat degreee. Hehehe... Don't worry and be happy 
aku masih lama lagi untuk menamatkan pengajian aku.

Untuk semester ini aku telah berazam untuk mencuba sesuatu yang baru untuk sesi P & P.. 
Caranya ialah..

1. Seminggu sebelum kuliah bermula, aku sudah print semua RI (kalau yang tak tahu RI tu singkatan untuk Rancangan Instruksional untuk kuliah selama 14 minggu) sebab aku dah tak nak jadi blurr dalam kelas semasa pensyarah aku memberi input yang berguna kepada aku. hehehe.. 

2. Pada hari isnin minggu pertama kuliah lagi, aku bersama dengan semua RI aku pergi ke Perpustakaan Kampus untuk mencari bahan bacaan untuk kuliah dua minggu. Heeheheheh... bagus x??? Seriously aku rasa agak bagus untuk permulaan ini sebab walaupun aku bukanlah jenis yang bijak pandai tapi aku kena get ready dengan segala ilmu untuk diperkaitkan di dalam kuliah nanti. Tak naklah jadi macam semester lepas.

3. Semester ini jugak aku sedaya upaya untuk mengaktifkan diri aku dalam kelas walaupun aku ni agak low profile.. hehehe (yeker?? boleh percaya ke)

4. Akhir sekali untuk semester ini aku akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi dengan secepat mungkin sebab aku dah tak nak pisang berbuah dua kali. Macam semester lepas sampai aku tak tidur malam gara-gara nak siapkan tugasan. Disebabkan sudah ada pengalaman, so doakan aku supaya tidak buat benda yang sama lagi. Heheheeh.. amin..

Semester ini juga aku akan cuba pertahankan lagi pointer PNGK n PNGS aku.... 



14 Jan 2012

dup dap dup dap...!!!!!!!!!!!!

Lainnya rasa...
Kalau dulu nak sangat habiskan semester ini..
tapi kali ini kenapa macam sepertinya lain...
mungkinkah kerana bakal berpisah dengan rakan-rakan untuk seketika waktunya...
ataupun masih ada tugasan yang belum diselesaikan..
ya mungkin!!!!!!!!!!!
untuk seketika ini... barang-barang yang ingin ditinggalkan di kolej 50% sudah diletakkan di dalam stor. 30% mungkin menjelang petang nanti ataupun esok sebelum berangkat pulang ke kampung halaman....
aku tidak pasti.
yang pasti yang selebihnya sudah dibawa masuk ke dalam kenderaanku.. alhamdulillah.
ada yang menyatakan kepadaku "untungnya kamu kerana bawa kereta sendiri. bolehlah campak sahaja ke dalam kereta kamu..." Aku hanya mampu tersenyum sahaja.
Ya mungkin aku sedikit beruntung berbanding dengan rakan-rakanku yang lain tapi ada rakan-rakanku yang lain keluarga mereka datang mengambil mereka.. Wah!!!!!!!!!!!!!!!!! Itu lagi untung daripada aku...
Apapun yang kuharapkan semoga kenangan dan persahabatan di semester ini akan menjadi titik permulaan persahabatan yang kekal abadi.. 
Amin....

23 Dis 2011

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. rasanya sudah lama saya tak update blog inikan. sebenarnya langsung tak ada kesempatan masa langsung. mana tidaknya, asyik sibuk siapkan assignment yang lecture bagi. buat pula last minute memang sedaplah kena. minggu ini pula sudah bermula study week. nak study pun memang tak ada mood. takut juga kalau lingkup. malu !!!!!!!!!
baru-baru ini saya kerap jugalahmengemaskinikan status saya di muka buku. ahaahah saja sebab tension pasal nak final exam. tapi apapun insyaallah karya online saya akan dikeluarkan selepas cuti sem 1.. hehehetak sabar rasanya untuk memafaatkan cuti dengan menulis karya..

17 Okt 2011

betul ke terpinggir ataupun itu hanyalah satu perasaan sahaja..

betul atau tidak terpulanglah.. tapi itulah yang aku rasa sekarang ini. kalau dulu, pergi mana-mana sahaja mesti dalam kumpulan, tapi sekarang ini, memang boleh dirasai bergerak ke mana-mana sahaja mesti berseorangan. sebagai contoh, rakan-rakan aku pergi mencari maklumat @ perpustakaan langsung tidak mengajak aku. sadisnya rasa. mungkin kerana atas sikap aku yang "tidak kisah" inilah menyebabkan mereka rasa meluat dan menyampah dengan aku. aku sengaja bagi jawapan begitu kepada mereka sebab nak bagi ruang untuk mereka berasa selesa dengan aku. tapi, rasanya tidak sebegitu aku rasakan. rupanya sukar untuk mencari teman untuk menuntut ilmu bersama. memang benar kita mampu berkawan dengan semua orang tapi bukan dengan semua orang mampu menjadi rakan dalam menuntut ilmu. okay, mungkin juga hari ini aku baru hari pertama, jadi agak sensitif sikit. tidak mengapalah. bukan sepanjang masa kita perlu bersama. saat ini aku hanya mampu berharap agar suatu hari nanti aku mampu mengatasi semua ini dengan tenang dan secara rasional.

24 Sep 2011

19 Ogo 2011

BUKAN KERANA DIKAU

Harap maaf... karya Bukan Kerana Dikau tidak dapat diterbitkan lagi kerana ada masalah teknikal..
p/s: macam biasa saja buat karya... ahahaha.. apapun pastilah nak buat yang terbaik..

8 Ogo 2011

Rindu dengan Dorami

Rasanya baru beberapa hari yang lepas dorami meninggalkan kami sekeluarga. no more dorami at home. no more ingauan dia di rumah sebagai tanda dia nak makan atau nak keluar dari rumah. tiap kali aku balik kerja, pasti dorami akan tunggu aku di depan pintu rumah ataupn dia tunggu aku di ruang tamu kerana di situ nanti dia akan kubelai. sedihnya sangat bila saat dia sedang nazak. masa itu, dia sudah terbaring di hadapan pintu rumah. dia sepertinya menanti kepulanganku. sepertinya untuk mengucapkan selamat tinggal kepadaku buat selamanya. aku masih ingat lagi tika dia sedang nazak, air liurnya keluar dari mulutnya. keadaannya sama seperti malaikat maut ingin mencabut nyawanya. bagiku, dorami sudah seperti ahli keluargaku. aku dan mak pasti akan teringat kembali kepada dorami tatkala kami memandang ke arah tempah dorami selalu tidur. juga teringat saat dia disapukan ubat kerana luka yang dialaminya akibat dicederakan oleh kucing yang lain. adakalanya sebelum aku keluar pergi kerja, aku akan mengucapakan "hi dorami" kepada dorami tapi kini, tidak ada lagi hi untuk dorami sebab dorami telah pergi menghadap Illahi. nenek aku pernah memberitahu kepada aku dan mak aku, kalau kucing betina terkena cakaran kucing jantan, bisanya boleh membawa maut. dan aku pasti disebabkan luka yang terkena pada dorami akibat cakaran itulah menyebabkab dorami mati. bukan hanya satu cakaran, tapi tiga hingga ke empat cakaran. dorami tak seperti kucing yang lain dalam keadaan gemuk. dorami merupakan seekor kucing yang agak kurus tapi tidak terlalu kurus. apabila aku angkat badanya, ada beratnya tapi tidaklah seberat kucing-kucingku yang lain.agak sukar untuk mencari dorami yang kedua dalam dunia ini sebab bagiku dorami begitu berbeza dengan kucing-kucing yang lain. walaupun hanya mempunyai warna bulunya hitam dan putih, namun apabila terserempak dengan yang hampir sama dengannya, pasti aku akan menyangkal dan memujuk hatiku. menyangkal sebab dorami lain daripada kucing-kucing yang lain. tompokkan dorami bagiku sangat menarik. itu semuanya kerana ciptaan Illahi. Kepada dorami, kita rindukan awak.. jaga diri awak baik-baiknya di sana..."
tarikh kematian dorami : 5 ramadhan 1432 H
waktu: malam

27 Jul 2011

Persiapan yang masih belum siap!!!!!

Tup tap tup tap... lebih kurang sebulan saja yang tinggal untuk aku persiapakan diri aku sebelum melangkah ke menara gading. tapi masalahnya sekarang satu benda pun tak buat lagi. matilah aku macam ini. untung hal pasal buat acc bank islan dan ambil gambar pasport dah selesai. tapi bila tengok senarai yang belum selesai macam nak nangis pun ada juga. betullah apa yang aku pegang selama ini "tak guna kalau ada duit tapi tak ada masa tapi lagi tak guna kalau ada masa tapi tak ada duit.."muahahaha... tapi memang betul apa sekarang yang melanda diri aku sekarang. ada duit tapi tak ada masa. sudahlah dengan kerja lagi. ingat nak berhenti kerja lebih awal saja. tapi.. pasal kerja pun banyak lagi hal yang belum selesai.. oh not now!!!! aku belum boleh lagi nak menyerah kalah. tapi aku betul-betul perlukan sokongan baik dari segi mental mahupun mental. apa lagi ya yang belum aku selesaikan...


>buat medical check up ( kalau buat dalam bulan puasa boleh tak?)


>isi borang (memang cukup vitamin M untuk buat)


>beli barang keperluan di sana ( paling teruk nak buat)


>beli laptop ( heheh.. aku ni jenis yang nak harga yang berpatutan dan function dalam laptop tu biarlah byk.. & sbb tu jugak sampai sekarang belum dapat apa yang aku nakkan tu)


>baca buku subjek ( at least masa di sana aku tak adalah blur sangat.. *** cehh.. semangatlah sangat)


>dapatkan rehat yang cukup ( ni yg aku masih tak dapat lagi... sebab tu jgk la aku slalu pening kepala.. jgn la ada penyakit len..)


ahaahaha.... ini sajalah yang aku terdaya untuk fikir.. padahal banyak lagi kot nak kena fikir. ishhh.. payah betullah. tapi bila fikir balikkan.. seronok sangat dapat buat semua ini. tapi sekarang ini aku betul2 perlukan masa..

24 Jun 2011

ciri-ciri my prince charming












Tajuk dah seronok sebab pasal ciri-ciri my prince charming. Tapi dapat ke cari yang macam ni. Ni pun miss teddy bear cari dalam slot-slot drama korea. Nak tahu sebab apa. Sebab miss teddy bear suka sangat drama & movie korea. Kalau dulu masa zaman sekolah rendah, suka layan drama thailand contohnya soda and ice tea. Drama mexico pun miss teddy bear suka layan. Contohnya La uspandora, Miss tres Hermanas, Maria Mercedes, Ya So Betty La Fe ya, Rosalinda, Lalola, dan ada beberapa lagi drama yang miss teddy bear tak ingat tajuk. Kalau drama & filem jepun pula mostly miss teddy bear sangat minat. Tak tahu sebab apa. Tapi yang pasti minatlah. Hehehe.. tajuk kurang hafal. Begitu juga dengan drama & filem korea. Dan sekarang tibalah masanya miss teddy bear nak tunjukkan ciri-ciri my prince charming.. hehe



agak manja.. heheh

lovely person

suka ambil gambar sebab Miss Teddy Bear suka bergambar dan suka ambil gambar juga tapi hanya gambar yang dibenarkan dan gambar miss teddy bear sahaja..hehe

akan tenangkan hati miss teddy bear bila miss teddy bear dlm kesulitan


sanggup beri tunjuk ajar kepada miss teddy bear


sanggup bersusah di sisi miss teddy bear
sentiasa fikirkan tentang miss teddy bear selain fikirkan Allah , ibu bapa dan diri sendiri

suka bergurau dan mudah mesra


seorang yang simple tapi menarik


andainya miss teddy bear cedera, my prince charming sanggup berada di sisi dan merawat miss teddy bear

sudi luangkan masa lapang untuk miss teddy bearsedia menjadi pendengar setia dan mendengar segala masalah miss teddy bear

suka dan pandai masak sebab miss teddy bear tak berapa sangat suka masak. Bukan tak reti masak ok!!!..


Sentiasa pastikan keselamatan miss teddy bear dan sentiasa di samping miss teddy bear


menjadi kawan baik kepada miss teddy bear walaupun sudah ada ikatan yang sah dengan miss teddy bearmampu menjadi teman bicara miss teddy bear andai miss teddy bear ada dalam kesedihan

dan kuat berusaha dalam apa jua perkara yang dilakukan


Walaupun miss teddy bear meletakkan ciri-ciri perwatakan macam ini tapi empat ciri penting menurut islam miss teddy bear ingin turuti.

1. Iman dan agama

2.Rupa

3. Ekonomi

4. Keluarga

kegilaanku !!! !!! !!!

sejak ntv7 dah mula siarkan cerita sailor moon r dan dragon ball z.. aku rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak saja. Betul pe sebab last aku tengok cerita ni masa aku sekolah rendah. Masa tu cerita ni disiarkan pada jam 9.00 pagi dan dragon ball 9.30 pagi di tv2.. Bangun je dari tidur terus on tv.. muahahah... terukkan. Tapi itu pada zaman kecik-keciklah..




comelkan.. ni sailor chibi n pegasus..


rasanya My Prince Charming boleh ke buat macam tu??? hehehe




romantiknya...




agaknya kalau Miss Teddy Bear dan My Prince Charming buat macam ni..

ada orang histeria tak???hehehe


sweetnya.. hehehe..

ala kalau nak kena dakap macam tu kawin je la.. tak ada timbul masalah..

tak adalah kena tangkap "kering"

tengok babak ni kadang-kadang boleh berfantasi juga.. sebab itu Miss Teddy Bear boleh berangan-angan..heheh... tapi tak adalah sampai buat hal macam tu..


rasanya ni karekter sailor chibi bila dah besar kot


21 Jun 2011

all about big teddy bear

Arghhhhhh... geramnya aku. Tiap hari pasti aku hanya fikirkan pasal big teddy bear. Bilalah agaknya aku dapat memiliki big teddy bear tu. Bukan tak mampu nak beli dengan duit gaji tapi duit gaji aku perlu di salurkan ke cabang yang lebih penting. Nak tunggu orang hadiahkan??? Harapan jadi debu sajalah. Manalah ada orang yang sanggup nak hadiahkan untuk aku. Daripada tunggu orang hadiahkan lebih baik aku beli sendiri dengan cara aku sendiri. Tapi bilalah agaknya ya. Hurm.. sekali lagi aku tanya. Bosannya. Kalaulah aku masih duduk di KL dan bekerja di sana pasti aku sudah mampu membeli dan memiliki big teddy bear tu. Adakalanya aku rasa menyesal juga buat keputusan untuk berpindah ke kampung halaman ibuku. Aku ni memang pentingkan diri betul.Setiap masa aku asyik memikirkan cara macam mana nak memiliki big teddy bear without use my salary. Bencinya dengan hidup macam ni. Aku ingat nak cuba berniaga dua-tiga bulan sebelum raya dengan jual kuih raya tapi sampai sekarang masih belum ada tanda-tanda orang nak tempah dengan aku. Hurm.. nasiblah.



Oh Mr.Big Teddy Bear.. bilalah agaknya aku akan memiliki dirimu..

17 Jun 2011

Mempergunakan atau dipergunakan

Semua orang akan rasa suka, bangga apabila dapat mempergunakan diri orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Memang betul apa yang saya katakan. Saya pun rasa seronok bila dapat mempergunakan orang lain untuk diri saya sendiri. Tapi satu persoalan yang berlawanan dengan hal ini ialah, apakah yang anda rasa jika anda mengetahui bahawa diri anda sendiri dipergunakan oleh orang lain. Sudah pasti anda akan rasa kecewa dan marahkan. Begitulah lumrah dalam kehidupan. Yeah.. nice shoot for today.


Daripada mempergunakan diri orang lain untuk kepentingan orang lain baik mempergunakan diri sendiri untuk kepentingan sendiri. Oleh yang demikian kita akan rasa lebih bahagia. Bahagia ke kalau diri dipergunakan oleh diri sendiri? Sebenarnya semua itu berkaitan dengan niat kita sendiri. Kalau niat kita suci dan murni tidak kisahlah tapi agak-agaklah kalau akan menyusahkan orang di sekeliling kita okay. Hehehe..


Sebenarnya saya ada impian dan sasaran yang harus saya capai dalam masa yang terdekat ini. Saya ingin menghadiahkan kepada diri saya sebuah teddy bear yang besar. Bukan saya tak mampu untuk membelinya dengan wang simpanan atau wang gaji saya tapi bila saya fikir balik, saya ingin mendapatkan sesuatu itu dengan hasil titik peluh saya. Biarlah saya dapat beli teddy bear besar itu dengan cara saya sendiri. Nak harapkan orang hadiahkan??? Tak payahlah. Sampai kucing bertanduk pun belum tentu dapat.


Saya ada beberapa orang rakan yang dapat teddy bear yang besar itu daripada pasangan kekasih mereka. Memang seronok sebab ada kekasih yang boleh hadiahkan kita teddy bear besar macam tu. Saya pun nak tapi tak ada kekasih lagi. Jadi, untuk tidak terhutang budi dengan orang, jadi saya sudah merancang untuk mempergunakan kelebihan yang ada pada diri saya untuk mendapatkan wang dan membeli teddy bear besar itu. Hye jangan salah sangka okay. Saya bukan nak memperdagangkan diri saya. Tapi saya nak buat business secara kecil-kecilan sahaja.


Sempena hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi, saya ingin menggunakan bakat saya dalam menjual cocholate cake, queen cake, batik cake dan sweet sour cake.


Saya harap sangat dapat membuatnya dan menjualnya.


AMIN.....

5 Jun 2011

You'd always ask me
How come you never say i love you
Do you really love me
But you know
I wanted something more sweeter
I want to confess to you
Just like those lovers
From movies so that you won't forget
I've waited for the white snow
I'll confess to you now
The words I've held back
I love you
Your smile brighter than the sunset
Your two hands that embraced me
I love you , i love you
I promise
That i will never leave you
I will always tell it to you
Face to face
You ask me what's to hesitate about
Is it that hard
I want to hear what you got to say
But you know
I wanted something more special
I wanted a special day that i can always remember
I've wanted for the white snow
I'll confess to you now
The words I held back
I love you
Your smile brighter than the sunset
Your two hands that embraced me
I love you , i love you
I promise
That i will never leave youI will always tell it to you
Face to face
I don't want to separate with you
Not even a single moment
When i lean on you
I hope the time will stop
I love you~
I love you
Your smile brighter than the sunset
Your two hands that embraced me
I love you , i love you
I promise
That i will never leave you
I will always tell it to you
Face to face
Loving you, loving you
I love you, i love you
Loving you