14 Jan 2012

dup dap dup dap...!!!!!!!!!!!!

Lainnya rasa...
Kalau dulu nak sangat habiskan semester ini..
tapi kali ini kenapa macam sepertinya lain...
mungkinkah kerana bakal berpisah dengan rakan-rakan untuk seketika waktunya...
ataupun masih ada tugasan yang belum diselesaikan..
ya mungkin!!!!!!!!!!!
untuk seketika ini... barang-barang yang ingin ditinggalkan di kolej 50% sudah diletakkan di dalam stor. 30% mungkin menjelang petang nanti ataupun esok sebelum berangkat pulang ke kampung halaman....
aku tidak pasti.
yang pasti yang selebihnya sudah dibawa masuk ke dalam kenderaanku.. alhamdulillah.
ada yang menyatakan kepadaku "untungnya kamu kerana bawa kereta sendiri. bolehlah campak sahaja ke dalam kereta kamu..." Aku hanya mampu tersenyum sahaja.
Ya mungkin aku sedikit beruntung berbanding dengan rakan-rakanku yang lain tapi ada rakan-rakanku yang lain keluarga mereka datang mengambil mereka.. Wah!!!!!!!!!!!!!!!!! Itu lagi untung daripada aku...
Apapun yang kuharapkan semoga kenangan dan persahabatan di semester ini akan menjadi titik permulaan persahabatan yang kekal abadi.. 
Amin....

Tiada ulasan: