25 Mac 2011

T.O.D.A.Y. I.S. M.Y. B.I.R.T.H.D.A.Y !!!!!!!!

Syukur alhamdulillah sehingga hari ini aku masih dapat menikmati pemandangan dan kesejahteraan di dunia ini.. hari ini genaplah umur aku 21 tahun.. hehehe... masih panjang lagi aturan cabaran, dugaan dan suka duka dalam dunia ini perlu aku lalui... aku gembira dan bersyukur sangat sebab Allah masih lagi memberikan aku peluang untuk aku hidup di dunia ini... segala yang berlaku ke atas diri aku akan aku sematkan dalam kotak ingatan aku... insyallah aku akan sambung belajar... pendek kata ulang buat diploma... walaupun aku sudah ada segulung sijil stpm... kalau ada jodoh selepas buat diploma aku nak sambung belajar buat degree dan master dan seterusnya phD.. aku hanya mampu merancang dan segala keputusan terserah kepada Yang Maha Esa....

24 Mac 2011

01/01/11-24/03/11

Aku pun tak tahu kenapa aku nak sangat wujudkan blog ni... padahal bukan aku nak buat kemaskinikan ruangan ini pun. hanya sekadar suka-suka sahaja. tambahan pula aku hanya anggap blog ni macam dairy aku jugalah.. hehe... aku pun tak tahu nak cerita apa. kalau cerita pasal kerja.. rasa macam malaslah pula.. bak kata para artis dalam dunia ini..."please no comment!"..hehe..
Azam baru??? entahlah. aku sendiri tak ingat sama ada aku sudah buat ke belum azam untuk tahun 2011.. rasanya belum terlambat lagi sebab esok barulah genap umur aku 21tahun. jadi aku lebih suka kalua buat azam baru selari dengan tarikh lahir aku..macam azam-azam tahun lepas.. aku rasa macam ada banyak yang belum tercapai. aku sendiri pun tak tahu... aku pernah berkata pada diri aku sendiri.. azam untuk tahun ini akan aku cuba sedaya upaya aku untuk capai...
Bermula pada 01/01/2011 sehingga 24/03/2011 apa yang telah berlaku ke atas diri aku??? baik aku senaraikan.. hehe
1.jawatan junior eksekutif dalam agro bank @ temu duga sahaja.. hehe
2.kerana tugasan kerja...aku pernah menangis kerana dimarah oleh pelanggan kerana sistem tempat kerja aku tak bagus... tapi bila fikirkan balik... rasa kelakar pun ada juga...malaslah nak ulas lebih panjang....tak suka nak ingat sangat perkara yang menyedihkan...
3.aku delate nama dia @ block dia daripada muka buku... sebabnya senang saja.. sebab dia dah benci sangat dengan aku dah dia halau aku secara terang-terangan daripada mendekati dia....hahaha... kalau difikirkan balik aku dengan dia bukan pasangan kekasih tapi macam biasalah aku hanya seorang gemar meminati dan jatuh hati akan seseorang...senag cerita aku seumpama bertepuk sebelah tangan saja dengan dia... hal ini lagi satu kes yang aku rasa tersangatlah malas nak ulas panjang lebar...cukuplah sekadar dia sudah halau akau daripada hidup dia... tapi aku rasa tersangatlah pelik dengan diri aku... kenapalah susah sangat untuk aku lupakan dia? bencikan dia? hanya anggap dia sebagai orang yang tak pernah wujud... ehmmm... anggap sajalah itu ujian daripada ilahi...
4.sambung belajar? insyallah kalau ada rezeki aku akan sambung belajar sambil kerja.. nampak macam tak larat buat... tapi bak kata oarng tua-tua... kalau tak cuba mana nak tahu hasilnya...heheh... jadi cuba sajalah... lagipun insyallah dengan pengalaman aku selama aku hidup di dunia ini... aku mampu mengatasi segala kemungkinan yang datang kecuali kematian... amin... heheh
5.mula dengan hobi baru... baca e-cerpen dan e-novel daripada laman sesawang penulisan2u... seronok jugak... rasanya aku juga mampu untuk menghasilkan karya... tapi cerita apa??? mungkin belum tiba masanya lagi... lagipun aku suka baca karya penulisan orang ramai... heheh

Bila difikirkan kembali tak banyak yang berlaku dalam hidup aku... bosan betullah hidup aku ini....memang patut pun aku tak pernah orang yang betul-betul memahami aku... tapi adakah aku memahami orang lain??? mungkin aku memahami orang lain tapi dari sudut yang berbeza... mungkin disebabkan aku ini seorang yang suka diberi perhatian yang lebih sebab itu orang anggap aku sebagai manja + gedik... hahah... terpulang pada tanggapan orang lain... yang pasti aku tahu siapa diri aku yang sebenarnya... rasanya aku boleh buat tanggapan sendiri yang sebenarnya mereka semua tak tahu macam mana nak berkawan dengan aku dan mungkin juga sebab aku ini mudah terasa hati... helloooo!!!! walaupun aku mudah terasa hati itu hanya seketika sahaja...