19 Nov 2013

Projek Bahasa Jepun dah siap!!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Hai apa khabar semua? Semoga sihat selalu. 
Alhamdulillah akhirnya hari ini siap juga projek bahasa jepun yang dibuat sepanjang minggu ini. Dan perlu dihantar pada hari rabu. Hahaha, cerita rabu macam jauh sangat je, padahal esok saja kot. Tapi memang hari ini banyak benda yang berlaku. 
Hari ini di tempat saya hujan. Keluar saja dari bilik kuliah, mak aiiii lebatnya hujan. Dahlah tak ada payung. Nak tunggu bas lagi sebab nak bergerak ke kampus induk. Perghh!!!!!!! Memang satu dugaan.
Masa dalam bas, sempat lagi saya buat andaian yang mungkin boleh saya lakukan sebab saya waktu tu memang kejar masa nak jumpa pegawai. Jadi berikut merupakan andaian yang saya  boleh nyatakan...
  • turun je dari bas, terus pergi kedai beli payung.
  • turun je bas, main menyelup masuk ke bangunan pengantara untuk menuju ke bangunan yang nak dituju. Mak aiii jauh tu..
  • batalkan hasrat.
Tapi disebabkan dah janji dengan pegawai, jadi kenalah turuti janji. Wah!!!!!!!!!! Janji ditepati tu.. bukan dicapati. Jadi, saya pun pergi beli payung lipat berwarna hijau dengan corak warna silver. Lawa dan sebenarnya inilah pertama kali saya beli payung sejak masuk belajar di menara gading ini. Huhuhu..., memang kenanganlah.
Lepas selesai jumpa pegawai, apa lagi, balik hostel la. Sampai rumah, terus mandi, solat dan tidur sebab dalam masa lebih kurang sejam, perlu turun ke kafe untuk perjumpaan tugasan....


 

18 Nov 2013

Demi kursus beraudit bahasa jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Semoga semuanya ceria selalu. Ceria ni bukan diistilahkan ceria di wad mental tapi ceria tanpa sebarang kegusaran. Hihihihi n_n..

Baiklah, hari ini saya akan berkongsi dengan blogger semua dengan ABM yang saya dan rakan saya perlu buat untuk kursus beraudit bahasa jepun. Sebenarnya, saya mengambil kursus ini kerana saya sangat suka bahasa jepun dan disebabkan keterujaan saya dalam apa jua yang berkaitan jepun dan korea, akan saya cuba pelajari. (*mempelajari perkara yang baik je tau, heheh) opss skemanya ayat.
Maaflah kalau ada yang tak suka sebab sememangnya saya lebih selesa menggunakan ayat sebegini. Memetik apa yang pensyarah saya pernah katakan kepada saya, "sesuatu penulisan memerlukan suatu interaksi yang hidup, dan bukannya membacanya seperti benda itu sudah mati/lapuk." okay fine, sebenarnya saat itu saya pun tak faham apa yang pensyarah saya cuba sampaikan. Cumanya apa yang saya ingat sehingga sekarang, "penulisan memerlukan interaksi yang hidup..." maknanya, macam saya berkomunikasi dengan anda melalui penulisan saya tapi anda tidak mengenali saya.. heheh. Okay, pasti dah peningkan dengan apa yang saya ucapkan ini.
Sumpah, kalau saya baca balik apa yang saya tulis, mesti saya pening...huhuhu.
Okay, berbalik kepada kursus beraudit bahasa jepun, kami ditugaskan membuat kamus bergambar untuk dijadikan sebagai Alat Bantu Mengajar bagi subjek bahasa jepun di sekolah. Namun, disebabkan saya bukanlah jenis yang kreatif, maka hasil yang dapat dibuat kurang memberikan kepuasan yang maksimum. Haishhh, bilalah saya mampu untuk menjadi kreatif seperti orang lain..hahah
 Tadaaaa inilah hasil kerja yang dilakukan, tapi masih dalam peringkat penghasilan yang ke berapa entah tidak tahu menahu.. haha.
 

Nikah? Kahwin???

Assalamualaikum kepada semua blogger di luar sana. Apa khabar? Semoga sihat dan ceria selalu...

Nampaknya, saya sudah lama tidak masuk ke ruangan blog saya ini. Okay, sememangnya kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu di menara gading sangat mencabar... hahahahaha... (*poyo kejap)

Banyak cerita yang ingin saya kongsikan namun disebabkan keterbatasan waktu untuk saya ke ruangan ini menyebabkan saya .............., hehehe.

Memandangkan cuti sekolah telah pun bermula, maka pastinya hujung minggu dipenuhi dengan jemputan / undangan ke majlis perkahwinan... Weeeee best tu dapat pergi ke majlis kahwin. Untuk tahun ini, ramai dalam kalangan rakan-rakan saya akan melangsungkan perkahwinan mereka. Harapan saya semoga mereka mempunyai jodoh hingga ke Jannah... (** eh, betul ke ayat ni??? macam pelik jer.. macam pelik jer...)




 Nampak macam seronok je kahwin. hehe, tak pelah jodoh saya lambat lagi.. 

(**promote diri kejap.. hahaha tak malu >,<)

Apakah perasaan saya bila dapat tahu ada dalam kalangan rakan-rakan lelaki/perempuan saya sudah mendirikan rumah tangga?

Pastilah rasa sedih dan gembira. Sedih sebab saya sudah tidak dapat kacau mereka seperti dahulu sebab mereka sudah ada kehidupan baru.. Gembira sebab mereka akan melahirkan bakal generasi untuk menjadi pemimpin Islam.. 

In-Sha-Allah.

Okay, sampai di sini saja cerita untuk hari ini, semoga bertemu lagi di lain waktu..
 

p/s: maaf jika blog ni banyak merapu dan menggoreng ikan kerapu yang saya sendiri tak tahu sedap ke tak...