9 Jan 2014

Dah hujung sem...

Assalamualaikum semua...

Apa khabar?
Sihat?
Sudah makan?
Keadaan sekeliling bagaimana?
Bersih atau kotor?

Apakah yang akan anda lakukan jika keadaan persekitaran anda kotor?
Biarkan sahaja atau kemas?

Untuk perkongsian pada hari ini, sebenarnya bukan tujuan saya untuk membuka aib orang lebih-lebih lagi dia adalah orang yang lebih tua daripada kita. Saya lakukan ini sebagai panduan hidup dan batasan yang perlu saya buat supaya saya tidak melakukannya. Saya bukanlah insan yang sempurna kerana saya percaya tiada dalam dunia ini yang sempurna.

Sejak kecil lagi, alhamdulillah, ibu saya mengajar saya untuk menjaga kebersihan diri dan tempat di mana kita berada kerana kita berkongsi tempat dengan orang lain. Cara bagaimana kita menguruskan kebersihan diri kita akan mencerminkan bagaimana kita menguruskan kawasan kita. Cukuplah kalau saya cakap, kalau kita mampu menjaga pengurusan diri, maka tempat tidur, bilik mandi kita pasti akan dijaga dengan rapi. Mungkin pembaca tidak setuju dengan apa yang saya katakan. Namun, itulah hasil pemerhatian yang saya lakukan. Cerminan diri menggambarkan siapa kita.

Saya suka tempat yang bersih dan penuh dengan haruman kerana ia memberikan keselesaan kepada saya lebih-lebih lagi ketika saya dalam tekanan membuat tugasan atau dalam tekanan perasaan. Tapi, bila balik ke hostel (bilik), bila lihat keadaan bilik yang tidak teratur, sampah tidak disapu, tingkap tidak dibuka membuatkan tekanan dalam diri bertambah. Seperti yang saya katakan tadi, saya bukanlah insan yang sempurna. Saya juga pernah melakukan kesalahan nak-nak bila tengah mood malas nak mengemas, tapi janganlah mempergunakan kuasa veto senioriti dalam rumah untuk mengelakkan diri daripada mengemas dan hanya pilih untuk kemas yang mudah-mudah sahaja...

Pada masa akan datang, mungkin akan dapat roommate yang saya doakan dia lebih menjaga pengurusan diri dan pengurusan persekitaran. Bersama-sama membersihkan bilik kerana dari situlah kita bermula.

p/s: gambar sekadar hiasan...


Tiada ulasan: