17 Okt 2011

betul ke terpinggir ataupun itu hanyalah satu perasaan sahaja..

betul atau tidak terpulanglah.. tapi itulah yang aku rasa sekarang ini. kalau dulu, pergi mana-mana sahaja mesti dalam kumpulan, tapi sekarang ini, memang boleh dirasai bergerak ke mana-mana sahaja mesti berseorangan. sebagai contoh, rakan-rakan aku pergi mencari maklumat @ perpustakaan langsung tidak mengajak aku. sadisnya rasa. mungkin kerana atas sikap aku yang "tidak kisah" inilah menyebabkan mereka rasa meluat dan menyampah dengan aku. aku sengaja bagi jawapan begitu kepada mereka sebab nak bagi ruang untuk mereka berasa selesa dengan aku. tapi, rasanya tidak sebegitu aku rasakan. rupanya sukar untuk mencari teman untuk menuntut ilmu bersama. memang benar kita mampu berkawan dengan semua orang tapi bukan dengan semua orang mampu menjadi rakan dalam menuntut ilmu. okay, mungkin juga hari ini aku baru hari pertama, jadi agak sensitif sikit. tidak mengapalah. bukan sepanjang masa kita perlu bersama. saat ini aku hanya mampu berharap agar suatu hari nanti aku mampu mengatasi semua ini dengan tenang dan secara rasional.