15 Apr 2011

W.H.A.T.????


WHAT atau dalam bahasa melayu APA..

Sebenarnya aku bukan nak jadi cikgu kat dalam blog ni tapi rasanya dalam seminggu ini banyak betul perkara yang berlaku.. rasa tertekan pun ada juga.. apa yang berlaku pada diri aku??


SABTU 9/04/11- pergi pendaftaran unisel di bestari jaya...

ingatkan nak daftar sekali dengan acik ambil diploma pra sekolah (pendidikan islam) tapi aku tak layak pun sebab aku tak ambil bahasa arab masa spm dulu... entahlah..sebenarnya aku sendiri tak pasti sama ada aku nak sambung belajar ke tidak pada ketika itu sebab bukan dalam jurusan yang aku nak. wahal aku sudah ada segulung sijil stpm (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan bukannya Sijil Tunggu Peminangan Malaysia).. dalam pemikiran aku, rasanya aku masih ada masa untuk kumpul duit dan masa untuk sambung belajar di mana-mana ipta yang boleh menerima aku. aku benar-benar sangat dapat sambung belajar. kemasukan untuk tahun ini bulan september..ok..


AHAD 10/04/11- aku cuti kerja..

jadi duduk rumah saja. malas nak keluar sebab semalam aku keluar (walaupun pergi pendaftaran). rancangan aku untuk hari ahad senang saja. basuhlah kereta putih aku tu @ suami akulah sebab tiap-tiap hari aku gunakan perkhidmatan kereta aku untuk aku bergerak ke tempat kerja.. jadi balasannya aku patut mandikan suami aku itu..hehehe.. selepas itu apa lagi...rehatlah..penat kot..


ISNIN 11/04/11- hari kerja tapi tiba-tiba..

pagi area jam 2 pagi hujan memang sangat lebat. seronok tapi bukan sebab hujan yang aku nak cerita tapi sebab ada kematian ahli keluarga yang jauh tapi kalau ikut pertalian darah sangat dekat. aku tahu pun sebab masa itu area jam 7.30pagi ada orang ketuk pintu rumah aku. ish!!! siapalah pula yang ketuk rumah orang pagi-pagi buta ini.. hehe.. sebab rumah aku kebiasaannya orang takkan datang pada waktu pagi kecuali kalau nenek atau atok aku datang sebab hantar sarapan lagi tapi itu pun jarang-jarang..hehe.. tapi mak aku yang buka pintu ketika itu..aku hanya dengar sahaja dari dalam bilik aku. orang itu cakap ada kematian di sg.sireh. hah?? siapakah gerangannya yang meninggal itu?? aku pun tertanya-tanya.. lepas orang itu balik.. aku pun tanyalah kat mak aku.. mak cakap yang meninggal itu adik ipar ayah mak aku tapi dah lama tak jumpa.. aku pun mengiyakan sajalah.. tapi selepas seketika aku mula terfikir.. orang dah beritahu tentang kematian orang itu..jadi takkan sebagai kaum keluarga tak nak pergi melawat kot.. jadi aku tanyalah kat mak.. mak cakap memanglah patut pergi sebab orang dah beritahu tapi macam mana nak pergi sebab tak pernah pun pergi rumah dia. aku pun apa lagi.. ooooooooooo je la..heheh.. kesianlah pula kat mak aku sebab yang meninggal itu boleh dikategorikan sebagai pak cik saudara mak aku @ atok saudara aku jugalah..walaupun tak pernah jumpa.. mana tidaknya aku ni sebenarnya manusia terpilih jugalah sebab aku ada banyak atok dan nenek dan banyak aunt & uncle dan saudara mara.. tapi jarang jumpa... hehehe.. gelak je la.. ok straight to the point..selepas itu aku terus call bos aku untuk minta cuti separuh hari sebab nak pergi melawat keluarga si mati..hehehe.. untunglah bos aku bagi kebenaran. lepas itu aku dan mak aku bersiap-siaplah untuk pergi ke sg.sireh.. penat juga memandu sebab aku belum biasakan diri lagi untuk memandu dalam tempoh yang agak lama.masa sampai di kg.sg.sireh itu, memang aku blur sajalah sebab tengok semua orang bukan yang aku kenal. mak aku pun pergilah tanya seorang mak cik tanya tentang di mana rumah orang yang meninggal itu. lepas tanya aku pun geraklah sekali dengan mak aku.. air muka aku masa itu memanglah blur je..tapi untuk menunjukkan rasa hormat aku pun sedekahkanlah al-fatihah kepada si mati.. TIBA-TIBA aku ternampak seseorang yang sangat aku kenal.. aku ternampak faiz !!! WHAT!!!!! faiz ada kat sini? apa dia buat kat sini... masa itu aku macam tak percaya saja yang aku boleh terserempak dengan dia. mana tidaknya pulalah besar dunia ini tapi kenapalah pula aku boleh terserempak dan ternampak dia di sini.. otak aku ketika itu cuba sedaya upaya untuk recall segala memori aku... yes aku baru ingat yang faiz pernah beritahu aku yang sebenarnya dia ada saudara di tanjung karang.. aku pun okkan sajalah.. tapi tak sangkalah pula saudara yang dimaksudkan itu ada kaitannya dengan aku!!!!!!! so maknanya aku dengan dia saudaralah juga sebab si arwah tiu adalah datuk dia. betul-betullah dunia ini sangat kecil. macam mana aku dan dia boleh bertembung dalam pertalian kekeluargaan.. ok. si arwah itu ada isteri yang merupakan anak bongsu dalam keluarga Abdullah iaitu adik kepada ayah ibu aku yang berbinkan abdullah juga..cuma ayah ibu aku ini sudah lama meninggal dan ayah kepada ibu aku merupakan anak sulunglah. hehehe... bagus tak???

Entah macam mana qada' dan qadar dari Illahi.. aku dan faiz saling memandang antara satu sama lain. lepas itu senyum sajalah.. habis nak suruh aku buat apa? nak suruh aku pergi dekat dengan dia kemudian bercakap dengan dia. takkan aku lakukan sebab aku bukan di bandar untuk melakukan semua itu. aku di kawasan kampung. tak mungkin aku buat.selepas beberapa ketika jenazah yang telah di sembahyangkan dan di bawa menaiki van jenazah.. aku dan mak aku pun pergilah berjumpa dengan isteri si arwah iaitu nenek saudara aku jugalah.. lepas bersalam dan apa lagi aku dan mak aku pun angkat kakilah. masa itu pun dah pukul 11 lebih.. aku nak pergi kerjalah.. heheh..lepas itu rutin harian aku bermula macam biasa..


SELASA12/04/11..siapa ni...

aku paling tak suka ada nombor sesat yang call pada waktu malam.. bukan apa. cuma rasa rimas sahaja. aku pun jawablah. yang si pemanggil itu aku rasa gila kot. tiba-tiba cakap saya nak cakap dengan my wife..!! what?? ur wife.. sapalah pula orang yang sesat ni.. yang dia call itu nombor handphone mak aku.. then aku cakaplah i'm sorry.. wrong number.. pastu boleh pula dia cakap eh, ni bukan no my wife ke? ketika itu aku pun gatal kepalalah.. mana tidaknya tiba-tiba dia cakap no yang dia dail tu no wife dia.. giler punya manusia. then aku matikanlah panggiilan.. huh.. nonsense..