11 Ogo 2001

Ramadhan datang untuk tahun ini...

Alhamdulillah tahun ini aku masih berkesempatan untuk menikmati bulan yang penuh kemuliaan.. tahun ini agak istimewa berbanding dengan tahun-tahun yang lain. Sebab tahun ini aku merasakan agak banyak perubahan yang berlaku di sekeliling aku. Let me list down what it is..
1. puasa tahun ini dapat puasa dengan mak sebab tahun lepas tak dapat puasa dengan mak.. ehihihi
2. tahun ini tahun untuk aku melanjutkan pelajaran ke menara gading. alhamdulillah setelah setahun aku menangguhkan impian aku, akhirnya dapat juga aku sambung belajar.
3. sedikit demi sedikit aku berjaya melupakan perasaan aku terhadap dia walaupun masih ada sedikit perasaan itu. namun, tidak seteruk dahulu.
4. rasanya berat badan aku naik lagi.. ahahah... memang memalukan. orang kalau berat badan naik diamkan saja tapi aku pergi hebohkan lagi. teruk betul. ini semuanya gara-gara aku makan kek buatan aku sendiri tiap dua minggu sekali.
5. aku cuba untuk belajar dalam buat karya penulisan sendiri. tapi sampai sekarang belum lagi aku publish kan walaupun sudah siap. teruk betul. entah bila agaknya aku mahu publish kannya.
6. tahun ini aku bakal dapat adik saudara yang baru. seronoklah juga sebab bertambahlah lagi keturunan kerabat aku..hihihihih
7. aku sekarang sedang berjinak-jinak dengan edit gambar. seronok juga walaupun tak guna photo scape or photo adobe.. hihihihi... hanya guna pizap.. tak adalah edit sangat pun gambarnya.
8. aku belajar untuk fikir keadaan orang lain = hampir matanglah juga pemikiran aku.
9. sudah tahu buat video klip.. walaupun tak berapa bagus sangat. tapi sekurang-kurangnya aku tahu juga.
10. aku mula rindu dengan kawan-kawan sekolah...