24 Mei 2011

tak mampu

Tiap kali aku membuka akaun mukabuku @ facebook aku yang kedua pasti aku akan taip nama dia dalam ruangan carian @ search. Entah sampai bila semua ini akan berlaku. Aku ingin sekali menamatkan semua ini tapi aku gagal melakukannya. Setiap pagi tiap kali aku buka akaun facebook pasti aku akan cari juga nama dia. Biarlah segalanya adalah rahsia. Mungkin belum jodoh aku lagi untuk melupakan dia. Setiap kali aku berdoa meminta pada Maha Penciptaku meminta supaya aku dapat buang segala ingatan tentang dirinya tapi entah mengapa aku gagal jua melakukannya. Mungkin aku masih belum betul-betul berusaha dalam melupakan dia. Diri aku?? Macam pengendap saja. Mana tidaknya setiap hari lihat facebook dia. Manalah tahu dia dah ada hubungan dengan seseorang ayng istimewa ke atau mungkin lebih daripada itu. Entahlah.

Agaknya pernahkah dia fikirkan tentang diri aku seperti mana aku berfikir tentang dirinya? Mungkin tidak pernah langsung dia fikirkan tentang diri aku. Kalau ada pun dia fikirkan tentang diri aku pasti tentang keburukan tentang diri aku. Tidak mengapa. Aku faham semua itu.

Doaku semoga kau dapat mendapat seorang insan yang mampu mencintai dirimu lebih daripada dirinya.. amin

15 Mei 2011

Jang Geun Suk - What Should I Do [ENG lyrics]

What should I do???


14 MAY 2011 3:19 PM

;bgusla da remove aku sorang memang patut mengremove diri sendiri sorang lagi xsedar diri..

10 MAY 4:01 PM
; look at yourself, dont ever call people slutty, your mother !@#$%^&*.. or what.. if you want to call it the ure more bither!!!

10 MAY 6:02 AM
she's the biatch! hehe.

9 MARCH 4:05 PM
Please go away, u such a jerk okay!
i dont want u to be here...
so stay away from me
u know what, ure not invited lorh...
shuh shuh shuh, main jauh2 la... HEADACHE !


ini semua merupakan kata-kata yang paling aku nak ucapkan terima kasih sangat pada dia sebab aku betul-betul tak menyangka yang sebenarnya dia dah terlalu benci pada aku.. yes walaupun aku dah blok facebook dia dari akaun facebook aku tapi itu tak bermakna aku masih tidak boleh mengetahui tentang kehidupan seharian. memang aku bodoh sebab terlalu suka akan dia. terasa sangat yang diri ini bodoh. walaupun aku tahu yang aku hanya bertepuk sebelah tangan tapi aku masih suka kepada dia. aku sanggup buka akuan facebook satu lagi dengan berlainan jantina semata-mata untuk mengetahui tentang dia. Ya Allah.. ampumilah dosaku kerana aku telah melakukan satu lagi dosaku kepadamu.. iaitu aku lebih menyukainya lebih daripada aku menyukai Engkau Ya Allah.
Aku selalu harap yang satu hari nanti akan terbuka juga pintu hatinya utuk diriku tapi rasanya semua itu hanyalah angan-angan yang hanya akan menjadi debu sahaja.. tapi aku selalu tertanya-tanya kenapa dia begitu membenci aku?
  • adakah sebab kekurangan yang ada pada diri aku?
  • sebab aku gemuk?
  • sebab tak reti berfesyen @ selekeh ?
  • sebab bodoh sampai tak dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi?
  • sebab aku miskin? sebab aku tak berharta macam kawan-kawan yang lain?
  • sebab aku muka tembok?
  • sebab aku selalu perhatikan kau sejak dulu lagi dan sehingga kini aku masih secret admire kau?
  • sebab aku ini tak setaraf dengan kau ?
  • sebab aku ini bukan jenis yang kau suka?
  • sebab aku ini menggedik dari pandangan kau?
  • sebab aku ini selalu mengganggu hidup kau ?
  • sebab aku ini buat kau serabut dan memeningkan kepala kau ?
Jadi apa sebabnya yang dapat kau berikan kepada aku ???? aku tak pasti sama ada kau sedar atau tidak tapi semua yang aku lakukan hanya untuk mendapatkan perhatian kau sahaja. aku mungkin tak sebagus iba dan tak cantik wahida, tak sekaya wani, tak sekreatif nadia dan syazana tapi aku hanya mahu jadi diri aku sahaja. takkan itu pun kau tak faham.

Aku selalu berharap bahawa suatu hari nanti kau akan memberi sepenuh perhatian kau kepada aku walaupun hal itu belum pasti menjadi kenyataan. aku benar-benar berharap yang kau dan aku akan berkongsi mimpi yang sama supaya aku dapat meluahkan perasaan aku kepada kau.. tapi aku tahu semua itu tak mungkin jadi kenyataan..

Apa harus aku buat? adakah aku patut
  • lupakan kau terus atau
  • terus menjadi secrat admire kau..
letihnya.. aku berharap dan berdoa semoga suatu hari nanti ada seorang insan yang mampu menandingi kewujudan kau dalam diri aku jika suatu hari nanti sudah tertulis bahawasanya kau bukan jodohku..
aku doakan semoga kau bahagia dengan pilih kau sendiri..
aku hanya insan biasa yang dicipta aku mudah menyukai seseorang seperti kau sebelum wujudnya penggantinya..
benarkan aku menyukai kau selagi aku mampu untuk melakukannya...


3 Mei 2011

M.Y. L.O.V.E.L.Y. P.E.T.

Macam manalah nak hidup lepas ini.sebelum ini boyfriend aku yang kedua jatuh sakit dan masuk icu gara-gara aku campak boyfriend aku ke dinding.. fuhhh... ganas betulkan. selamatlah boyfriend aku yang pertama tak kena. teruk jugalah sampai kena hantar icu. kos rawatan boyfriend aku rm50.. sebelum ini pun memang dah sakit pun tapi ingatkan boleh sembuh tapi makin teruk lepas aku campak kat dinding...hahahahh... nasib badanlah...








hari ini pula aku hantar boyfriend aku yang ketiga ke hospital. masalahnya sama juga tapi boyfriend aku yang ketiga ini aku tak tahu apa sebabnya sakit. mungkin motherboard sakit kot..heheh... sebab banyak sangat data yang aku masukkan...aku pun bukan fasih sangat pasal organ dalaman boyfriend aku yang ketiga tu... kos untuk rawatan boyfriend aku yang ketiga ni rasanya nak dekat rm 300 jugalah.. nasib badanlah dan kesian.. nampaknya kena jugalah sediakan spare part untuk boyfriend aku yang baru.. tapi buat masa ni hold on dulu sebab bajet tak cukup lagi..hehehe... jahat betul aku..

boyfriend aku yang keempat pun sama juga tak boleh berfungsi. aku pun tak tahu apa masalahnya. kalau dah habis bateri aku nak cas semalam tak boleh juga.. peliklah.. dahlah kepentingannya sangat aku perlukan masa aku nak tidur atau masa aku tengah bosan. nasiblah.. ingatkan tadi nak pergi hantar sekali boyfriend aku yang keempat tu pergi hospital biar sama satu tempat dengan boyfriend aku yang ketiga tapi terlupa nak bawa.. ala teruk betullah.. esok sajalah aku bawa pergi hospital. lagipun dekat je..buat masa ni boyfriend aku yang kelima masih dalam keadaan okay lagi.. hehehe... baiknya boyfriend aku yang kelima dan yang pertama..heheh...






Daripada tadi aku asyik ceritakan boyfriends aku tapi siapakah gerangannya.. mari aku perkenalkan...muahahahah..




ini boyfriend aku yang pertama.. nama dia nokia 1100... fuhooo... orang pun dah tak pakai dah... aku seorang sahaja yang pakai sebab ini hadiah daripada mak...hadiah ini aku dapat masa 010706 tau...hehe..pastinya aku sayang...




ini boyfriend aku yang kedua...nama dia nokia 5200...

ni pun sama aku rasa dah tak da orang pakai sebab dah terlalu lama...hahaah..

nokia 5200 ni abah abah aku yang hadiahkan sempena....

entahlah aku dah lupa..aku dapat nokia 5200 ni pada 241107
...heheh... ini pun aku sayang juga..






mari aku perkenalkan boyfriend aku yang ketiga..

nama dia cpu...heheh... special punya nama..ini hadiah daripada mak

.. masa dec 04 kot...aku pun tak berapa

ingat sebab ada kaitan dengan nombor...hahaa...






ni boyfriend aku yang keempat.. dia dari jepun kot...hahah

nama dia mp4 samsung...bagus tak... aku beli sendiri guna duit

poket aku sendiri....hahha..nasib...beli di pusat beli belah the garden

..ala sebelah midvelly..habis cerita...






cerita belum habis lagi... sekarang aku perkenalkan boyfriend aku

yang kelima.. nama dia olympus fe 12mp.. aku beli ini pada

160309 sempena aku jadi jurugambar di smk tinggi setapak..

bangga tu..hehehe.. harga pula boleh tahan.. rm649.00..

kalau hilang atau rosak memag aku sedih sebab banyak

jasa boyfriend kelima aku ni...




pendrive kingston 2gb adalah boyfriend aku yang keenam..

padahal aku beli dah lama...rasanya sebelum boyfriend aku yang keempat

kot...hehehe...jasa boyfriend aku yang keenam ni pun aku tak boleh

lupakan...tanpanya pasti susah hidup aku... segala tugasan

dan data ada di dalamnya...hehehe





yang terakhir ini aku belum mampu dapat lagi sebab

bajet tak mencukupi.. tapi aku pasti external hard disc

bakal menjadi boyfriend aku yang ketujuh...hehhehe

500gb...hehehe...tungguuuuuu...