29 Feb 2012

apa yang dah terjadi pada diri aku ni???

Assalammualaikum semua. rasanya sudah lama aku tak update blog aku ni. Bukan apa. Agak banyak alasan yang boleh aku nyatakan sehinggakan aku rasa tak perlulah untuk aku luahkannya di sini. Cukup hanya sekadar aku sahaja yang mengetahuinya.
Ceh wah!!!!!!!!!! Ayat memang tak boleh blahhh!!!!!!!
Huhuhuhu...

Untuk pengetahuan anda semua, minggu ni sudah masuk minggu kedua untuk sesi pengajian aku untuk buat degreee. Hehehe... Don't worry and be happy 
aku masih lama lagi untuk menamatkan pengajian aku.

Untuk semester ini aku telah berazam untuk mencuba sesuatu yang baru untuk sesi P & P.. 
Caranya ialah..

1. Seminggu sebelum kuliah bermula, aku sudah print semua RI (kalau yang tak tahu RI tu singkatan untuk Rancangan Instruksional untuk kuliah selama 14 minggu) sebab aku dah tak nak jadi blurr dalam kelas semasa pensyarah aku memberi input yang berguna kepada aku. hehehe.. 

2. Pada hari isnin minggu pertama kuliah lagi, aku bersama dengan semua RI aku pergi ke Perpustakaan Kampus untuk mencari bahan bacaan untuk kuliah dua minggu. Heeheheheh... bagus x??? Seriously aku rasa agak bagus untuk permulaan ini sebab walaupun aku bukanlah jenis yang bijak pandai tapi aku kena get ready dengan segala ilmu untuk diperkaitkan di dalam kuliah nanti. Tak naklah jadi macam semester lepas.

3. Semester ini jugak aku sedaya upaya untuk mengaktifkan diri aku dalam kelas walaupun aku ni agak low profile.. hehehe (yeker?? boleh percaya ke)

4. Akhir sekali untuk semester ini aku akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi dengan secepat mungkin sebab aku dah tak nak pisang berbuah dua kali. Macam semester lepas sampai aku tak tidur malam gara-gara nak siapkan tugasan. Disebabkan sudah ada pengalaman, so doakan aku supaya tidak buat benda yang sama lagi. Heheheeh.. amin..

Semester ini juga aku akan cuba pertahankan lagi pointer PNGK n PNGS aku.... 



Tiada ulasan: