3 Mac 2012

betul ke???

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada insan-insan yang sudi membaca penulisan yang tak tahu apa yang sebenarnya nak ditulis... ahahaha
Sebenarnya hari ini aku akan terkecewa sebab dah lukakan hati seorang rakan yang aku kenali sejak semester 1 lagi. aku memang tak sengaja langsung untuk melukakan hati dia. mesti semua fikir aku jahatkan. yes aku mengaku itu semua. aku rasa bersalah sebab aku tak beritahu dia tentang jadual aku hari ini bagaimana. 

aku dan dia memang sudah berjanji nak makan bersama. aku ingat nak pergi dengan dia ke kampus untuk makan bersama tapi tak sangkalah pula yang dia agak lambat daripada kebiasaannya. kebetulan pula, pada jam 2petang tadi aku ada perbincangan dengan ahli kumpulan aku tentang presentation yang akan kumpulan aku bentangkan nanti semasa dalam kelas. 

so untuk tidak melengahkan masa aku pun pergi dahulu ke kumpulan aku untuk buat perbincangan namun tidak aku sangka rupanya ahli kumpulan aku baru seorang sahaja yang hadir. dan pada ketika itu pula aku sudah melukakan hati rakan aku itu dengan menyatakan aku mungkin tak dapat temani dia untuk makan tengah hari itu. 

dan sekarang dia sudah merajuk dengan aku walaupun aku cuba untuk bersabar dengan dia. segala call aku tidak dijawab dan sengaja dia cancel kan panggilan aku. mesej pun dia tidak balas. kalau balas pun dengan nada yang marah. (walaupun mesej itu hanya kata-kata namun kita mempunyai deria untuk merasainya). 
aku harap sangat dia akan maafkan aku. aku memang tak sengaja. 

salah aku juga sebab tak hubungi kesemua ahli kumpulan pembentangan aku itu untuk mengetahui kehadiran mereka. kalau aku hubungi mereka dan mengetahui yang mereka belum hadir lagi sudah tentu aku dapat menemani rakan aku itu untuk makan tengah hari.

Tiada ulasan: