8 Ogo 2011

Rindu dengan Dorami

Rasanya baru beberapa hari yang lepas dorami meninggalkan kami sekeluarga. no more dorami at home. no more ingauan dia di rumah sebagai tanda dia nak makan atau nak keluar dari rumah. tiap kali aku balik kerja, pasti dorami akan tunggu aku di depan pintu rumah ataupn dia tunggu aku di ruang tamu kerana di situ nanti dia akan kubelai. sedihnya sangat bila saat dia sedang nazak. masa itu, dia sudah terbaring di hadapan pintu rumah. dia sepertinya menanti kepulanganku. sepertinya untuk mengucapkan selamat tinggal kepadaku buat selamanya. aku masih ingat lagi tika dia sedang nazak, air liurnya keluar dari mulutnya. keadaannya sama seperti malaikat maut ingin mencabut nyawanya. bagiku, dorami sudah seperti ahli keluargaku. aku dan mak pasti akan teringat kembali kepada dorami tatkala kami memandang ke arah tempah dorami selalu tidur. juga teringat saat dia disapukan ubat kerana luka yang dialaminya akibat dicederakan oleh kucing yang lain. adakalanya sebelum aku keluar pergi kerja, aku akan mengucapakan "hi dorami" kepada dorami tapi kini, tidak ada lagi hi untuk dorami sebab dorami telah pergi menghadap Illahi. nenek aku pernah memberitahu kepada aku dan mak aku, kalau kucing betina terkena cakaran kucing jantan, bisanya boleh membawa maut. dan aku pasti disebabkan luka yang terkena pada dorami akibat cakaran itulah menyebabkab dorami mati. bukan hanya satu cakaran, tapi tiga hingga ke empat cakaran. dorami tak seperti kucing yang lain dalam keadaan gemuk. dorami merupakan seekor kucing yang agak kurus tapi tidak terlalu kurus. apabila aku angkat badanya, ada beratnya tapi tidaklah seberat kucing-kucingku yang lain.agak sukar untuk mencari dorami yang kedua dalam dunia ini sebab bagiku dorami begitu berbeza dengan kucing-kucing yang lain. walaupun hanya mempunyai warna bulunya hitam dan putih, namun apabila terserempak dengan yang hampir sama dengannya, pasti aku akan menyangkal dan memujuk hatiku. menyangkal sebab dorami lain daripada kucing-kucing yang lain. tompokkan dorami bagiku sangat menarik. itu semuanya kerana ciptaan Illahi. Kepada dorami, kita rindukan awak.. jaga diri awak baik-baiknya di sana..."
tarikh kematian dorami : 5 ramadhan 1432 H
waktu: malam

Tiada ulasan: