22 Okt 2010

Aku teringin sangat nak bercinta!!!!!!!!!!

orang cakap cinta itu umpama madu..apabila madu itu sudah habis maka sepahnya akan dibuang. benarkah hal itu? Secara jujur aku tak pernah bercinta. Sepanjang hayat aku..aku hanya mampu bertepuk sebelah tangan. sedih, kecewa memang ada dalam diri aku. Kadang-kadang aku rasa cembru dengan rakan-rakanku yang lain yang sudah mempunyai pasangan walaupun bukan pasangan yang sah di sisi undangg-undang. Aku selalu pujuk hati aku.."tak apalah mungkin sekarang ini bukan masa untuk aku bercinta. lebih baik aku bercinta dengan buku, bertunang dengan ulangkaji, berkahwin dengan peperiksaan dan berbulan madu dengan kejayaan. hehehehehe...aku pegang dengan frasa itu. aku suka. tapi aku hanya insan biasa yang kadangkala memerlukan lebih daripada itu. aku memerlukan seorang lelaki yang mampu memberikan cinta yang suci, ikhlas dan yang lebih penting jujur. aku juga seorang yang mudah goyah dengan ciptaan Allah. aku terlalu mudah suka dengan orang. namun apabila aku sudah suka dengan seseorang itu,aku pasti akan kecewa kerana aku hanya bertepuk sebelah tangan. kelakar kerana sudah banyak kali hal ini berlaku dan aku tidak pernah berputus asa tentang hal itu. mungkin sebab aku terlalu banyak kekurangan sebab itu tidak ada seorang pun yang sudi berkenalan dengan aku untuk jangka masa yang lama. ibuku selalu mengingtkan aku jangan ikut kawan-kawan yang pergi berpasangan..jangan ikut bercinta..dan tumpuan perhatian dengan pelajaran kerana dengan pelajaran saja orang akan pandang kita.senyum sajalah yang aku tahu bila ibuku berkata begitu..

Tiada ulasan: