19 Nov 2010

Baru pertama kali kena interview secara rasmi????

Semalam memang hari yang penuh dengan perangai aku yang entahlah. aku sendiri pun bagaikan tidak kenal diri aku semalam. sebenarnya semalam aku secara rasmi telah ditemu duga oleh sebuah badan kewangan. hehehe.. tapi sebenarnya inilah kali pertama aku dapat rasa temu duga yang sebenarnya. aku bukan baru pertama kali bekerja namun pekerjaan aku sekarang tidak memerlukan temu duga secara rasmi pun. hehe.. tapi semalam memang aku pun rasa hairan dengan diri aku. sepanjang waktu aku ditemu duga semalam aku senyum dan gelak..walaupun bukan gelak sakan tapi aku rasa si penemu duga itu mesti hairan dengan perwatakan aku. mana tidaknya sepatutnya semasa aku ditemu duga aku sepatutnya bertindak serius dan tidak menunjukkan aku tidak matang dalam bidang ini tapi sebaliknya pula berlaku. tindakan aku semalam seperti main-main sahaja ingin mendapatkan jawatan itu..hurmmmm... aku ini memanglah pelik

Tiada ulasan: