22 Okt 2010

Kenangan lama datang kembali

Ingatan aku tentang diri dia masih lagi segar walaupun aku dan dia sudah lama tidak berhubung. kali terakhir aku dan dia bertemu pada hari terakhir peperiksaan pmr. ya aku masih ingat. masuk saja tingkatan 4, dia sudah tidak ada. aku mendapat perkhabaran dia sudah berpindah rumah sekali gus berpindah jua sekolah. ketika itu, aku berasa sedih kerana dia sudah di sini. setiap hari aku berharap agar Allah akan ketemukan aku dengan dia lagi. namun harapan itu tak pernah ditunaikan. Aku pasrah!! Rakan-rakanku selalu bertanya kepadaku..sebab kenapa aku boleh suka kat dia.rakan-rakanku mengakui bahawa dia sememangnya memiliki wajah yang menarik dan yang paling penting didikan agama dia sempurna. Ya aku tahu berkenaan hal itu. Memang aku tertarik kepada dia kerana hal itu. Tapi apakah dayaku...dia tak pernah memandangku kerana kekurangan ke atas diriku menyebabkan aku disisihkan. Aku terlalu banyak kekurangan berbanding dengan gadis-gadis yang lain. Kekurangan yang paling jelas ada pada diri aku ialah aku sangat gemuk, hodoh, dan tidak menarik. Sepanjang hidupku,aku sentiasa rasa cemburu dengan orang lain terutama dengan rakan-rakanku. sebab mereka cantik, menarik dan yang lebih penting pandai melayan semua orang. jika dibandingkan aku dengan rakan-rakanku bagaikan langit dengan bumi..terlalu besar perbezaan aku dengan rakan-rakanku. Adakalanya aku tertanya-tanya sebab apa mereka sudi berkenalan dengan aku..namun jawapan yang aku dapat daripada rakan-rakanku hanyalah untuk menyedapakn hati aku. jawapan mereka sebab aku comel..hahahha..jawapan yang mampu buat aku berada dalam tekanan sebab itu bukan jawapan yang aku pasti tidak ikhlas.

Tiada ulasan: